Halaclean Sdn. Bhd.(1024468-M) merupakan sebuah syarikat perkhidmatan cucian karpet milikan 100% bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 2012. Syarikat ini pada mulanya menjalankan perkhidmatan cucian karpet untuk Masjid dan Surau. Kini, pihak syarikat telah bersedia menerima tempahan cucian karpet dari rumah serta menyediakan perkhidmatan cucian untuk pejabat dan dewan.
Perkhidmatan cucian karpet syarikat kami bergerak aktif di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah. Kami juga sedang giat meluaskan perkhidmatan cucian karpet kami ke Negeri Melaka dan Johor.
Halaclean mempunyai kakitangan yang mahir dan berpengalaman. Kesemua kakitangan kami telah dilatih supaya mereka komited memberikan perkhidmatan berkualiti yang dapat memuaskan hati setiap pelanggan. Matlamat syarikat kami adalah memberikan perkhidmatan cucian karpet secara professional dengan kadar caj harga perkhidmatan yang murah kepada para pelanggan.
Syarikat kami juga aktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) antaranya telah beberapa kali mengikuti program “JOM CUCI MASJID” tajaan Jabatan Kejuruteraan Media Prima dan TV3.